PEMUDA IPOH TIMOR BERGAMBAR KENANGAN DGN KHAIRY JAMALUDDIN

PEMUDA IPOH TIMOR BERGAMBAR KENANGAN DGN KHAIRY JAMALUDDIN

Wednesday, October 15, 2008

Datuk Azian Osman,. Antara Calon MT Muka Baru Paling Popular

14 Okt.2008,YB Senator Datuk Azian Osman,Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad(SPNB), semalam secara rasmi mengumumkan menawar diri bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi UMNO(MT).

Pengumuman itu dibuat dihadapan kira-kira 150 orang penyokong kuat beliau yang terdiri dari ketua-ketua cawangan,pemuda,wanita dan puteri UMNO dalam bahagian ipoh timor.

Pengumuman itu disambut oleh tepukan gemuruh dan pekikan "HIDUP DATUK AZIAN" dan "KAMI SOKONG DATUK AZIAN" oleh penyokong yang memenuhi dewan ditingkat 2,pejabat UMNO Bahagian Ipoh Timor.

Rata-rata ahli yang ditemui selepas majlis tersebut menyatakan rasa bangga dan bersedia bekerja keras membantu kempen datuk ketua bahagian.

Wednesday, October 8, 2008

Ucapan Tun Tan Siew Sin & Tun V.T.Sambanthan

Ucapan Presiden MCA dan MIC tahun 1969Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin, dilaporkan dalam akhbar tempatan bertajuk "Tun Tan Answers Critics on special Previleges" dalam pada 30 april 1969, berkata: "The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession. the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities." [Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan- kepentingan sah kaum lain.] - Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 38-39. UCAPAN PRESIDEN MIC merangkapMENTERI KERJAYA RAYA, POS DAN TELEKOM, TUN V.T. SAMBANTHAN DI DEWAN RAKYAT PADA 1 JUN 1965. "Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now what did the Malays do - since we are speaking on racial lines - what did the Malay leadership do? The had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship? If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the indian race, is not welcomed in Ceylon , is not welcomed in Burma . Look at my brother Chinnese race, it is not welcomed in Thailand , in Vietnam , in Cambodia , in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma , as we know, Indian have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it... And yet in Malaya what happened? Here we found that the Malay leadership said, "We shall tkae them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens." And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousand of Indians, Chinnese, Ceylonese and others became citizens... As I said, it has been my great good fortune to have born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world? I ask you. These are the facts. Who are you to safeguards us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here." [Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand , Vietnam , Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut? Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. saya tahu dan anda juga tahu. dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya ? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara." Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini."] - Sumber Tan Sri Khalid Awang Osman, Malaysia - An Anthology, Vantage Press, New York, hal. 60

Monday, October 6, 2008

Pak Habib ramal Khairy bakal Perdana Menteri ke-7 Malaysia ??


Kami sampai awal. Waktu itu dalam dewan belum berapa ramai penuntut yang hadir. Sementara menunggu ketibaan ahli panel YB Dato Seri Annuar Musa, Khairy Jamaluddin, Ahmad Ikmal Ismail, EXCO Pendidikan Pemuda dan Nolee Mohd Radzi, mewakili puteri UMNO,saya diperkenalkan kepada Hirman Salim dari Tasmania dan Al-Kaff daripada Auckland dan berasal dari Miri, Sarawak yang menjadi pengerusi majlis dan seterusnya mengambilalih jawatan Setiausaha KUAM Australia Melbourne 2007-2008 dari Afiah. Khairy diramalkan akan menjadi Perdana Menteri pada usia 40 tahun. Betulkah Pak Lah dan Najibakan duduk di kerusi PM masing-masing selama 3 tahun saja…? Siapa yang akan duduk di kerusi itu selama 6 tahun sebelum Khairy?Hari ini jika ditakdirkan Khairy menjadi Perdana Menteri Malaysia dia bukan kaduknaik junjung, dia bukan dari golongan cicak mengkarung tapi dia Putera Raja yang ada imuniti macam Idris Jusoh, MB Terengganu. Dia adalah Melayu yang tak ada sifat inferiority dan rasa rendah diri kerana seorang diplomat mempunyai imunitisedangkan raja-raja di Malaysia sudah hilang imuniti.
Para pelajar selain dari ingin tahu siapakah para perjuang dan tokoh-tokoh terdahulu yang benar-benar berjuang, mereka mahu penjelasan yang berkaitan hal ehwal semasa mengenai suasana dan apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam politik negara. Fakta dan maklumat yang benar adalah penting.Bolehkah mereka dibiarkanmempercayai bulat-bulat apa yang mereka baca di Internet yang rata-rata memburukkan pemimpin dan kerajaan?
Buat pertama kalinya para penuntut dapat berjumpa empat mata dengan Khairy menantu Pak Lah, pemimpin muda yang paling popular, sama atau lebih popular dari Mawi. Kehebatan KJ di iktiraf oleh Tun Dr. Mahathir. Tun semasa jadi PM hanya bergaduh dengan pemimpin besar dunia, buy British goods last, bergaduh dengan Amerika, Australiadan Tun mengakui kehebatan anak muda yang berada di tingkat empat nampaknya lebih berkuasa dari tingkat lima.
KJ adalah Naib Ketua Pemuda yang paling beruntung mendapat liputan percuma di kalangan bloggers dengan mencipta macam-macam skandal mengenai Khairy. Dan di usia muda begini tiga buku sudah ditulis mengenainya. Muka KJ ada commercial value. Boleh jual punya tanpa jadi artis. Bukan mudah mahu mendapat publisiti sehebat yang diberikan pada Khairy. Itulah tanda-tanda orang bertuah.
Orang Melayu ini perangai macam londoners suka pada gosip. Mereka mudah percaya dan terpengaruh dengan tukang umpat dan pemfitnah. Kalau tak betul mereka dapat dosa, KJ dapat pahala. Kalau macam ini punya hentam, jangan kata manusia, transformer pun boleh berkecai.
Tapi Khairy nampaknya terus steady. Malah Khairy terus kukuh walaupun sudah empat tahun dihentam oleh berpuluh-puluh bloggers akhbar tabloid dan buku penulis politik secara berterusan. Kalau kita boleh ibaratkan dia sebagai satu transformer, satu skru pun tak tercabut dan satu wayar pun tak putus. Mesti ada sebab kenapa Tuhan lahirkan pemimpin muda yang sekuat ini dalam politik Malaysia.
Khairy tak perlu takut sebab dalam politik, ujian adalah perkara biasa. Lagi tinggi dan lagi besar jawatan yang dicita-citakan, lagi besar ujian yang terpaksa di hadapi.
Sama ada dalam politik mahupun perniagaan, ramai bijak pandai yang hancur berkecai, bangkrup. Orang beruntung sentiasa saja menang bila bintang sudah terang. Mereka yang sinar bintangnya malap sampai tua tak berganjak akhirnya gugur macam tahi bintang saja.
Penuntut-penuntut memang sudah lama tunggu peluang cari kesempatan mahu lihat secara peribadi muka suami Nori yang sedang mengandung. Pada waktu saya menulis cerita ini, Nori telahpun bersalin seorang putera yang menjadi cucu kelima kepada Perdana Menteri. Selain dari itu, Khairy telah memenangi kerusi Timbalan Presiden FAM yangdikosongkan oleh Tengku Abdullah iaitu Tengku Mahkota Pahang tanpa bertanding. Ini sebagai bukti bahawa firasat saya yang bintang Khairy terang. Bila bintang seseorang terang dalam perjalanan menuju ke atas, tiada siapa dapat menghalang. Tuhan boleh memberikan apa saja kepada sesiapa saja yang Tuhan suka. Kesempatan untuk para pelajar melihat Khairy yang telah digosipkan dengan segala macam fitnah tanpa bukti oleh pendusta, betulkah diaada skandal dengan Maya Karin? Ada yang kemukakan soalan tapi tak sebut nama. Hanya Allah yang tahu apakah niat pelajar itu, yang jelas KJ ibarat lembu yang bakal di korban untuk disembelih. Bayangkan andaberada di tempat Khairy. Berapa ramai yang terpengaruh dengan fitnah bahawa KJ dan Nori bercerai, tak duduk sebumbung dan pernah membaca tulisan KJ dalam NST 8 Julai 2007. The One and only…. soon, please. Kisah dia dan Nori ke Jepun dan ke US mengadakan Babymoon lebih intim dari Honeymoon.
Sebelum Annuar Musa dan KJ masuk ke dewan saya sempat berbual dengan Hirman anak muda dari Kampung Baru Kuala Lumpur mengenai politik semasa. Dia tanya pendapat saya mengenai masa depan mereka yang akanambil alih kepimpinan negara di masa mendatang? Akibat kesuntukan masa saya bagi tahu dia perlu baca buku Khairy Jamaluddin Perdana Menteri yang akan terbit nanti.
Sebelum Annuar Musa dan KJ masuk ke dewan saya sempat berbual dengan Hirman anak muda dari Kampung Baru Kuala Lumpur mengenai politik semasa. Dia tanya pendapat saya mengenai masa depan mereka yang akan ambil alih kepimpinan negara di masa mendatang? Akibat kesuntukan masa saya bagi tahu dia perlu baca buku Khairy Jamaluddin Perdana Menteri yang akan terbit nanti. Jika kita mahu ke depan dalam politik mengikut sistem yang ada, kita perlu kenal dan dikenali sebagai somebody yang ada connection kerana kita sudah berada di dunia tanpa sempadan. Hubungan antara bangsa dan pemimpin luar negara penting, perlu jadi Melayu glokal. Dan KJ adalahsatu-satunya anak Melayu yang glokal lahir di luar negara. Besar dibeberapa buah negara tapi masih tetap Melayu. Berapa orang Melayu glokal?
Bercakap mengenai Melayu, saya teringat perbualan saya bersama Afiah semasa baru tiba di dewan ini. Mengikut Afiah terjemahan perkataan Melayu yang diajar oleh ayahnya ialah:-
Mim : Umat MuhammadLam : Salah satu sifat Allah Maha Halus, Maha LembutAlif Hakikat yang disembahYa Yang tersirat Melayu sejak azali memang mencari perkara-perkara yang tersirat.Wau : Warak, berilmu Melayu adalah falsafah umat Nusantara/bani Jawi. Berapa ramai Melayu yang seperti didefinasikan oleh cucu Datuk Kompo Rajo, pejuang Melayu sebelum merdeka.
Walaupun empat kuasa penjajah masuk ke rantau ini, bangsa Melayu yang mengekalkan budaya dan bahasanya akhirnya Raja-Raja Melayu wujud hingga ke hari ini. Sekiranya orang Melayu membuang Islam akidah selaku isinya untuk jadi Melayu baru apakah Melayu takkan layu?
Sebab itu Pak Lah mahukan The Towering Malays, Melayu. Islam yang bijaksana, taat kepada agama, ada nilai tambah untuk jadi modal insan mengikut Islam Hadhari. Ketika tetamu dari Kuala Lumpur masuk ke dewan, Herman selaku pengerusi meminta hadirin bangun. Setiap mata tertumpu kepada anak muda, young, tall, dark and handsome. Pria yang hitam manis, tinggi lampai, hidung mancung dan berkarismatik mengatur langkah seperti wira masuk gelanggang. Dia senyum kepada setiap peserta dan bersalaman dengan mereka yang duduk di barisan hadapan.
Satu perkara yang saya suka mengenai anak muda yang berasal dari Rembau ini ada budi bahasanya, menghormati orang tua dan pandai menegur sapa. Biarpun Khairy lahir di luar negara, dibesarkan di luar negara dan mendapat pendidikan di luar negara tetapi dia tahu macam mana hendak bergaul dengan orang bawah. Dia tahu bagaimana nakdekatkan diri dengan orang kampung.
KJ bukan jenis yang syok sendiri, buat program hanya untuk orang bandar dan kaum elitis sahaja. Ramai pemimpin muda yang lain yang syok sendiri, perasan diri hebat. Bercakap hanya sesama sendiri tapi tidak pergi kepada rakyat. Macam mana hendak dekat?
Perkara yang kecil yang dilakukan oleh orang besar terhadap orang kecil namun ianya besar ertinya pada orang kecil - Pak Lah.
Penulis politik di anggap kecik oleh kebanyakan orang politik yang merasakan diri berkuasa. Mereka terlupa hanya Allah saja yang Maha Kuasa, itu sebab kena lastik. Bila dipandang jijik oleh penulis politik, mula kelam kabut, terlupa sebatang paku terkena tayar kereta, kereta boleh terbalik. Inikan pula kena kritik dengan penulis yang ada nama.
Berbeza dengan zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman, beliau sendiri menjawab tulisan penulis. Tidak perlu tunggu Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar atau Ketua Penerangan UMNO untuk menjawab bagi pihakbeliau. Bila menteri-menteri hendak belajar dari Bapa Kemerdekaan Malaysia?
Annuar Musa agak terkejut melihat kehadiran saya di dalam dewan. Semasa bersalaman, dia tanya bila sampai? Saya beritahu Annuar saya tinggal di Victoria sekarang ini. Dari wajahnya saya dapat menfirasatkan yang dia kurang senang kehadiran saya di dalam dewan apa lagi dia melihat press kad tergantung pada baju saya. Dia tahu sayabukan sekadar wartawan tapi penganalisa dan penulis yang penanya beracun, kalau terkena tak keruan jadinya.
Sememangnya Victoria, Canberra, Sydney dan Brisbane bandaraya yang tidak asing bagi kami sekeluarga. Kami biasa bercuti dengan keluarga, 10 tahun lalu saya di undang supaya hadir ketika Dato Dr. Mustapha Mohamad Menteri Pengajian Tinggi menerima anugerah kedoktorannya.
Betul seperti apa yang saya sangka. Sebelum memulakan ucapan dia menyebut bahawa ada Pak Habib, dari segi pengalaman tentu orang tua makan garam lebih dahulu darinya Dan dalam berucap beberapa kali dia menyebut nama saya yang mana saya fikir saya juga perlu sebut namanya dalam tulisan saya.
Rata-rata kesedaran para pelajar Malaysia yang menuntut di negara-negara Selatan (Australia dan New Zealand) tentang perkembangan negara dan semangat patriotisme adalah kurang berbanding dengan mereka yang berada di utara seperti United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain. Tak kenal maka tak cinta. Itulah yang terjadi padaanak-anak muda yang tak tahu sejarah para pejuang bangsanya. Begitulah mengikut pendapat Afiah yang mengajurkan pertemuan ini.
Ketika berucap di dewan itu, Annuar Musa berkata bahawa dia sudah tidak ada cita-cita politik. Ye ke? Biar betul? Kalau dah tak ada cita-cita politik kenapa ikut KJ? Kalau dah tak ada cita-cita politik, letaklah jawatan sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Kelantan, beri kepada YB Alwi atau beri kepada Dr. Awang Adek. Eloklah Dato Seri Annuar diberi tugas berucap dengan pelajar di luar negara saja.
Khairy jauh lebih popular dari Hishammudin Ketua Pemuda UMNO. Mungkin KJ tahu kalau ada sejuta orang yang bencikan kita, ada sejuta pula yang kasihkan kita.
Khairy pernah cuba meletakkan jawatan, diatas permintaan ramai dia terpaksa menerima semula jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda. Di bawah antara komen pemimpin veteran:
Perletakan jawatan tak semestinya menyelesaikan masalah, sebaliknya mencipta masalah baru dalam Pemuda dan beri kesan pada parti Muhyiddin Yassin Naib Presiden UMNO Kita kena ingat Khairy jadi Naib Ketua bukan dia sendiri pilih, bukan Perdana Menteri pilih tetapi Pemuda yang pilih Adnan Yaakub Menteri Besar Pahang Kadang-kadang kita pun berasa simpati kepada Pak Lah. Sejak menjadi Perdana Menteri tidak habis-habis masyarakat bercerita pasal menantu dan anak isterinya, ada saja yang tak kena. Macam-macam versi pemimpin UMNO bercerita pasal KJ. Apakah mereka tahu mind set anak-anak elite, VIP? Tahukah mereka semua anak kaum elite tenggelamdi dalam comfort zone? Pernahkah mereka bergaul dengan golongan elitis? Kebanyakan dari mereka bercita-cita tinggi. Tidak ada orang yang sudah berada di atas mahu ke bawah melainkan mahu mendaki lebih tinggi. Cuba baca buku Rich Dad Poor Dad oleh Robert Kiyosaki.
Kebanyakan orang kita tak suka ada Melayu yang lebih dari mereka. Kalau bangsa lain tak apa. Pelik. Kerjanya sakit hati, iri hati melihat kejayaan orang lain, dalam masa yang sama marah bila Melayu mundur.
KJ merupakan tokoh pemimpin pelapis yang bukan sahaja pandai kerana ada kelulusan dari Oxford. Sekadar kelulusan sahaja tak cukup. Tapi dia memang telah mempamerkan karisma dan kebijaksanaannya dalampolitik dan dunia penulisan, memiliki political will. Sejak dia menuntut di London lagi mulutnya sudah celupar, dia berani berdepan dengan Tun M ketika itu Perdana Menteri.
Salahkah kalau dia bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri diumur yang muda? Najib ketika umur 29 tahun jadi Menteri Besar Pahang. Rahim Tamby Chik 29 tahun jadi Ketua Menteri Melaka. Isa Samad umur 31 Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ghadafi umur 29 tahun jadi Presiden Libya sampai hari ini.
Di Amerika satu perkara biasa bila anak muda bercita-cita mahu jadi Presiden USA. Apa salahnya jika mereka mempunyai kemampuan untuk memimpin dan memperjuangkan nasib bangsanya?
Mereka yang hasad, pendengki dan munafik (hipokrit, berpura-pura dan bermuka-muka) akan diletak oleh Allah di bawah kawah api neraka (the lowest depth of the fire) Surah An-Nisaa, ayat 145.Setiap soalan dapat dijawab dengan baik. Annuar dan Khairy bercakap tanpa teks dan saya tertarik cara Khairy Jamaluddin menjawab setiap soalan yangdikemukakan dengan memuaskan.
Antara banyak soalan yang dikemukakan kepada Khairy Jamaluddin, pada saya yang paling menarik ialah soalan bila dia jadi Perdana Menteri nanti apa yang dia akan buat? Ini soalan politik, silap jawab boleh berubah menjadi political suicide
Jawapan yang diberikan oleh KJ kepada pelajar yang mempunyai kelulusan Ijazah dalam jurusan P.P.E Philosophy, Politics and Economy dari Oxford ini ringkas, tepat pada setiap persoalan dan mampu membuat mereka yang menyoal dan mendengar serta berfikir sejenak keupayaan pemimpin Pemuda yang telah menimbulkan banyak kontroversi ini. KJ dengan tiba-tiba juga telah menjadi ikon seperti Mawi.
Bukan calang-calang anak muda yang dilahirkan di Dubai, dibesarkan di beberapa buah negara termasuk Jepun dan England ketika ayahandanya menjadi Duta Malaysia di luar negara. Selaku generasi muda yang dapat menggarap dan mengupas ideologi, motif dan strategi global serantau maka tak hairan jika dia dapat mencanang atau aturkan politik Pemuda ke taraf global.
Inilah untungnya bila mereka yang mahu menjadi pemimpin dapat menguasai ilmu pengetahuan, kaedah analisis dan idea-idea alternatif yang dapat menghadapi kemaraan mereka dalam menghadapi dunia tanpasempadan akibat boleh berfikir secara lateral thinking mengikut Edward De Bono. Samakah orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?
Kebangsawanan elite V.I.P. atau V.V.I.P merupakan nikmat daripada Allah untuk segelintir manusia. Tidak semua manusia dilahirkan boleh jadi raja, anak raja apa lagi menantu Raja atau Pemangku Raja. Tan Sri Muhammad Taib pernah menjadi menantu Sultan Selangor. Dato Syed Omar al-Idrus pula pernah menjadi pemangku Sultan Terengganu.
Islam mengiktiraf kedudukan dan kelebihan kaum bangsawan dan orang besar-besar yang menjadi ketua kaum. Sebab itu kedudukan raja-raja, ketua satu-satu kaum sebelum kedatangan Islam tetap dikekalkan oleh Rasulullah SAW setelah mereka memeluk Islam.
Keberanian Khairy datang berjumpa dengan para pelajar mengingatkan saya buku Berani Gagal yang ditulis oleh Billy Lim mengenai matlamat dan visinya. Tentu sekali KJ mempunyai matlamat dan visi yang mesti ada kepada siapa saja yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.
Saya terfikir apakah perkara yang saya tulis ini boleh memotivasikan minda para penuntut luar negara yang membacanya kerana Melayu itu Islam maka mereka perlu tahu Islam itu apa?
Khairy bukannya orang Melayu pertama yang menuntut di Oxford, lahir dalam keadaan serba kemewahan dan terdedah kepada politik global. Tapi KJ berpandangan jauh, lebih cekal dan lebih tekad untuk menjadi worldfigure.
Ketika dia masuk politik dia tak pakai baju bapak atau nama datuk dia? Atau accidental leader yang lahir dengan tak sengaja seperti Hishamuddin misalnya yang dapat kerusi Ketua Pemuda disebabkan krisis Anwar Ibrahim, dimana Zahid Hamidi terpaksa meletak jawatan dan Hishamuddin dapat jawatan free saja.
Cuba dia baca buku saya Anak Omak vs Anak Bapak September 2004, muka depan. Apakah anda sudah baca buku saya?
Bayangkan, dalam waktu yang sangat singkat baru tiga tahun Pak Lah duduk dikerusi kuasa berbanding 22 tahun Mahathir memerintah secara diktator, cukup banyak bahan untuk dituangkan ke dalam melting pot sastera para bloggers yang mahu menjadi pahlawan dan champion bangsa. Apakah satu hari nanti Raja Petra akan dinobatkan sebagai pahlawan atau pun pengkhianat bangsa? Atau orang gila?
Rasulullah SAW tidak diutuskan untuk menghapuskan golongan diraja, tetapi dalam masa yang sama baginda membawa firman Allah yang perlu difahami oleh mereka yang berakal, yang tidak ego dan membiarkan diri dikuasai oleh nafsu.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah mereka yang bertaqwa.
Taqwa adalah darjat yang lebih tinggi daripada raja atau sultan, baik di dunia atau lebih-lebih lagi di akhirat. Namun apa yang menarik, kebangsawanan (elitist)adalah satu nikmat yang boleh digunakan sebagai alat untuk mencapai darjat taqwa.
Akibat kebanyakan orang kita Melayu yang tak perlu ke universiti sudah ada ijazah PHD perangai hasad dengki, siapa saja yang lebih dari mereka menjadi musuh, dari dulu sampai hari ini. Bila lagi nak berhenti buat kerja-kerja Firaun? Kenapa tak berubah jadi manusia yang baik hati?
Jangan kata mempunyai kedudukan seperti Khairy, jual nasi ayam dara di warung pun mereka akan cari bomoh supaya warung itu tutup. Kita buat apa untuk mengubah sikap bangsa kita yang merugikan kita semua?
Sejarah kegemilangan Islam telah diharumkan oleh raja-raja berjiwa sufi seperti Maharaja Najasyi, Umar Ibnu Aziz, Sultan Salehuddin al-Ayubi, Sultan Murad II, Sultan Muhammad al-Fateh, Maharaja Aurangzeb dan juga sultan-sultan di Alam Melayu pada zaman pertengahan. Namun sejarah juga telah memaparkan golongan bangsawanyang Bersultan di mata, beraja di hati seperti Firaun, Namrud dan raja-raja pada abad ke-20 seperti Al-Malik Farouq dan Shah Iran raja segala raja. Begitu juga dengan para Presiden seperti Saddam Hussien, Sukarno, Suharto.
Di mana ada raja, cara hidup raja akan menjadi ikutan rakyat jelata. Mahu lihat perangai raja lihat saja perangai rakyatnya. Raja gila bola, rakyat ikut gila bola sama. Kerabat raja gila artis ianya menjadi kegemaran rakyat. Belum ada raja yang suka ke masjid, kalau ada seorang raja dan masjid yang dulunya kosong akan berisi semula. Bapanya borek anaknya rintik.
Presiden, Perdana Menteri, Raja dan Sultan dan keluarga mereka terdedah kepada ujian dunia. Selaku saudara Islam saya berhak mengamalkan amar makruf nahi mungkar . Selebih dari itu saya sekadar berdoa agar Allah memberikan hidayat kepada mereka dan keluarga mereka. Mereka milik rakyat, tanpa rakyat siapalah mereka? Dalam negara yang mengamalkan demokrasi mereka menjadi sasaran pengkritik jika didapati menyalah gunakan kuasa. Suka tak suka mereka mesti terima.
Bukan mudah untuk membebaskan diri daripada tipu daya dunia di mana syaitan sentiasa mengambil kesempatan untuk menarik mereka ke neraka apabila mereka tunduk kepada kemahuan nafsu semata-mata. Mahukah kitamembiarkan mereka menuju jalan ke neraka? Menegur adalah fardu kifayah jihadul akhbar, jika yang ditegur itu ketua yang zalim, menegur bukan menfitnah.
Kebangsawanan, harta dan kuasa selalunya beriringan. Siapa raja dialah berkuasa. Namun hakikatnya, semua raja adalah hamba yang hina dina di hadapan Allah SWT kerana mereka dijadikan oleh Allah SWT dari setitikair mani yang hina dina. Kuasa itu amanah yang dipertanggungjawabkan dan akan ditanya di akhirat kelak. Merasakan diri berkuasa satu perbuatan yang syirik.
Pemimpin yang bijak akan menggunakan nikmat itu untuk berbakti kepada Allah. Harta, kuasa dan pengaruh, semuanya dikorbankan untuk Allah. Apakah kita mempunyai pemimpin yang sedemikian rupa? Mereka inilahyang menjadi raja di dunia dan raja di akhirat. Mungkin mereka terlupa perjanjian dengan Tuhan bahawa tidak akan ku sembah selain Allah dan Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah tapi yang disembah adalah nafsu akibat dipengaruhi syaitan.
Lebih mudah untuk tidak mencintai dunia semasa tidak ada, daripada ketika ia sudah berada dalam genggaman. Umar Al-Khattab menangis ketika dibawa ke hadapannya mahkota Maharaja Parsi, lantas berkata:Sesungguhnya aku takut perkara-perkara inilah (harta) yang akan menjauhkan kita dengan Allah.
Menjadi orang miskin yang sabar adalah payah, namun menjadi orang kaya yang syukur jauh lebih payah lagi. Ini disebabkan manusia sering lupa apabila diuji oleh nikmat daripada diuji dengan bala. Banyak menteri-menteri yang jatuh dalam kehinaan. Bila hilang saja kerusi, nilai macam nasi basi. Itik tak sudu, ayam tak sudi jadi makanan babi.
Walau bagaimanapun ini tidak bermakna sudah tidak ada jalan untuk para pemimpin membebaskan diri daripada godaan dunia, harta, kuasa dan wanita. Jalannya adalah muhasabah diri akui hanya Allah saja yangberkuasa, siapa yang merasa dirinya berkuasa telah melakukan satu perbuatan syirik yang telah membuat Allah murka.
Itulah keadaan UMNO hari ini, cakap salah tak cakap salah. Dari tak cakap baik terangkan perkara sebenar. Berkata benar sekali pun pahit - sabda Rasulullah SAW. Memang sukar mahu mencari yang terindah dikalangan yang terbilang macam buah durian yang sudah penghujung.
Apakah orang UMNO ada pilihan selain dari memberi orang muda peluang? Sampai bila kita terpaksa memilih yang terbaik dikalangan yang terbuang? Sampai bila kita mahu beritahu mereka yang tak sedar diri, tak mahu cermin muka enough is enough
Lebih baik pilih lebah dari pilih langau, tahukah anda beza antara lebah dan langau? Lebah menyengat tapi menghasilkan madu. Langau biarpun cantik sentiasa terpalit dengan yang busuk. Macam keretaLamborghini yang chassisnya sudah bengkok. Berhentilah berangan nak masuk F1.
Disebabkan Annuar berucap dengan panjang lebar. Saya pula tak mencatit dikertas apa lagi menyimpan alat simpanan suara maka saya terpaksa tulis apa yang saya ingat dan apa yang ada dalam ingatan untuk dikongsi bersama. Tak kisahlah ia tak ikut susunan yang betul. Yang penting saya telah mendokumentasikan apa yang berlaku.